Monday, May 30, 2011

Hukum Perkahwinan

Serba sedikit saya kongsikan ilmu yang saya dapat mengenai BAB5 - Hukum Perkahwinan (Munakahat)

"Hidup berkeluarga pada dasarnya lebih berkat, lebih tenteram serta teratur jika dibandingkan dengan hidup berseorangan, membujang atau menyendiri."

Tuntutan perkahwinan pula bukanlah sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah juga untuk mendamaikan kerunsingan yang melanda hati sanubari setiap individu; wanita atau lelaki.

Terdapat hadith dari Rasulullah SAW (riwayat daripada Al-Baihaqi r.a.) yang menyentuh mengenai perkahwinan yang bermaksud:
"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka, bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi."

Hukum-hukum Berkahwin (ditetapkan kepada lelaki sahaja):
  1. Wajib Berkahwin - Bagi yang mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar 'mahar' atau 'mas kahwin' serta mampu menyediakan nafkah zahir dan batin. Selain itu juga, tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga. Disamping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtunan nafsu sekiranya tidak berkahwin.
  2. Sunat Berkahwin - Kepada orang yang mampu tetapi yakin dan aman dirinya tidak terjatuh ke lembah maksiat. (Ini merupakan hukum asal perkahwinan)
  3. Harus Berkahwin - Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
  4. Makruh Berkahwin - Sekiranya seseorang itu bimbang jika dia berkahwin ada kemungkinan dia akan menzalimi isterinya, maka hukumnya makruh. Di samping itu, jika dia mempunya kelemahan fizikal dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dia mampu memberi nafkah dari segi kewangan. Selain itu, makruh hukumnya berkahwin sewaktu negara menghadapi peperangan.
  5. Haram Berkahwin - Jika seseorang itu tidak mampu menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya zahir dan batin, serta mempunya keyakinan akan menganiaya isterinya.


Harap kita bersama dapat belajar serba sedikit....

No comments: